Pemuda UMNO tak minat demo???
Pemuda UMNO ni tak minat demo atau UMNO sudah tidak mendapat sambutan rakyat ? Kalau betul-betul tak minat kenapa pulak ianya boleh dianjurkan di Putrajaya dan disusuli pulak di K.L….. Wahai Zulkifli akui sahajalah bahawa rakyat sudah jelek dengan UMNO dan politik perkauman sempit yang Tuan Politik kamu cuba mainkan itu. Tidak perlulah memberi seribu satu alasan kerana rakyat tidak bodoh.
Hakim Negara
Aug 21, 2000
Pemuda Umno 'tidak minat' demo
4:30pm, ISN:
Pergerakan Pemuda Umno kurang berminat mengadakan demonstrasi dan sebaliknya menggunakan pendekatan yang lebih rasional dalam menangani isu hak istimewa Melayu yang berbangkit minggu lalu.Penolong Setiausaha pergerakan itu, Zulkifli Mohd Alwi berkata, sejak dua tahun lepas demonstrasi tidak pernah dianjurkan.
"Pemuda kurang cenderung mengadakan demo dan ini menunjukkan Pemuda Umno rasional dan tidak melampau," kata beliau kepada malaysiakini.
Malaysiakini melaporkan satu demonstrasi yang dianjurkan pergerakan itu bagi mengiringi penyerahan memorandum telah diadakan di depan Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Maharajalela Jumaat lalu.
Bagaimanapun Pemuda menegaskan demonstrasi yang melibatkan seramai 200 orang ahli dan penyokong Umno itu "tidak dirancang." Pergerakan itu menuntut satu jawatankuasa yang mewakili lebih 2000 pertubuhan Cina atau lebih dikenali Suqiu menarik balik tuntutan untuk memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dan memohon maaf secara terbuka kepada orang Melayu dan bumiputera.
Suqiu yang mengajukan 17 rayuan kaum itu menjelang pilihan raya November lalu menegaskan tidak akan memohon maaf kerana tuntutan itu telah pun "diterima" oleh Barisan Nasional.
Pertubuhan itu dalam kenyataan media Sabtu lalu berkata rayuan itu tidak bercanggah dengan hak istimewa Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Tindakan menolong Melayu (affirmative action) harus bertujuan untuk memberi perlindungan dan peningkatan kepada golongan masyarakat yang lemah, tanpa mengira kepercayaan agama, latar belakang sosial dan kaum," dokumen rayuan itu dipetik.
Zulkifli menjelaskan Pemuda Umno memberikan tempoh satu minggu dan belum menentukan tindakan selanjutnya terhadap kenyataan pertubuhan Cina itu.
Tambah beliau, parti itu tidak menolak semua Rayuan Pilihanraya Persatuan-persatuan Cina Malaysia tetapi berasa "tidak selesa" dengan desakan untuk memansuhkan hak istimewa itu.