DEMO OKAY UNTUK UMNO
 
Semalam di dalam berita TV3 suku ada di tunjukkan sekumpulan NGO melayu berkumpul Dataran Putra, Putrajaya menyerahkan memorandum meminta campur tangan kerajaan dalam membela hak keistimewaan orang melayu.
 
Kumpulan yg seramai lebih 500 orang ini  mahu Memanda Mamak Kutty memberi perhatian serius terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (Mapen II) Datuk David Chua, yang
meminta hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan di bawah dasar penyusunan semula masyarakat.
 
NGO Melayu yang  seramai 500 orang ini membawa sepanduk antaranya mengutuk David Chua dan mereka beramai-ramai menjerit...Hidup Melayu...Hidup Melayu...Hidup Mahathir!
 
Apa yg menarik ialah bagaimana kumpulan ini dapat berdemo  sedangkan sebelum ini Piem sendiri melarang keras sebarang bentuk demonstrasi yg kununnya akan memecahbelahkan masyarakat dan membawa keganasan.
Apakah mereka ini mempunyai permit untuk berkumpul? Kalau ya...mana permitnya? Kalau tidak kenapa tidak di suruh mereka bersurai? Kenapa tidak di tangkap dan di sepak terajang mereka ini seperti yg lazimnya di
lakukan kepada penyokong Reformasi? Mana pergi nya anjing-anjing Mamak Kutty yg berbaju biru gelap yg garang dengan dengan gas pemedih mata dan air beracun?  
 
Piem sendiri pernah berkata...berdemo bukanlah budaya Umno tetapi agak kelakar bila Pem sendiri turut sama dalam demo tersebut. Kita bukanlah tidak setuju mereka ini berkumpul kerana hak untuk berkumpul dan berdemo sudah termaktub dalam perlembagaan  tapi kenapa mesti
ada double standard?  

New Radikal
newradikal@yahoo.com