Kenyataan akhbar Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Mengenai Perhimpunan Aman 4 Ogos, 2000 (Jumaat, 8:15 pagi, Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur)
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengiktiraf bahawa perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim membangkitkan sentimen yang kuat di kalangan semua parti dan semua lapisan masyarakat. Suhakam berhasrat merayu agar semua pihak mengawal keadaan dengan baik. Untuk tujuan itu, Suhakam suka menegaskan:(1) Mereka yang ingin pergi ke Mahkamah Tinggi bagi mengetahui sendiri keputusan perbicaraan liwat sewajarnya dibenarkan berbuat demikian. Kes ini pastinya menarik perhatian seluruh negara dan mempunyai kepentingan nasional.
(2) Semua mereka yang pergi berhimpun mestilah sedar bahawa akan ada provokasi daripada pihak-pihak tertentu yang bertujuan menimbulkan keganasan dan malah, merusuh. Mereka (penyokong Anwar) sepatutnya berwaspada pada golongan yang bertujuan jahat tersebut dan jangan sekali-kali melayan mereka (agen provokasi).
(3) Polis sepatutnya memastikan kumpulan orang ramai dikawal dengan cara yang mesra dan bukannya berkonfrontasi.
(4) Mereka yang hadir juga mestilah tidak menimbulkan provokasi dan menahan diri daripada sebarang jeritan, kata-kata menghina dan mengeluarkan sebarang slogan.
Suhakam suka mengingatkan semua, pihak berkuasa dan orang ramai, bahawa adalah tanggungjawab mereka semua untuk memastikan hak-hak asasi untuk berhimpun secara aman terjamin pada 4 Ogos nanti.
Suhakam menekankan bahawa perhimpunan tersebut dikendalikan secara aman.
Suhakam akan menghantar beberapa orang pegawai Suruhanjaya di tempat perhimpunan sebagai pemerhati.
Tan Sri Musa Hitam,
Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)
31 Julai, 2000 (Isnin)
** Diterjemahkan secara bebas daripada teks asal berbahasa Inggeris seperti dikirim kepada semua media. Stesen NTV7 pada jam 12 tengah malam tadi melaporkan kenyataan ini. Teks penuh berbahasa Inggeris adalah muktamad.