Seruan Kepada Seluruh Pelajar Dan Anak Muda
Assalamualaikum
Di sini ingin saya menyeru marilah kita(golongan pelajar dan mahasiswa)untuk bersama sama menghadirkan diri pada 4 ogos ini untuk memberikan sokongan kepada keputusan perbicaraan kes liwat dsai.disini saya menegaskan bahawa perhimpunan ini adalah perhimpunan rakyat yang menjadi hak kita dan telah termaktub dalam perlembagaan semata mata.
Memandangkan perhimpunan ini adalah yang terakhir maka kita berhak dan wajib untuk pergi.ini adalah salah satu platform demokrasi yang terkandung didalam Perlembagaan Malaysia yang menerangkan sesiapa berhak untuk mengikuti, menyokong, menyertai tanpa mencetuskan keadaan huru hara. Jangan kita terpedaya dengan kata kata kerajaan bahawa perhimpunan ini adalah perhimpunan haram kerana sejarah membuktikan bahawa ketika didalam pemerintahan british umno juga pernah melakukan perhimpunan haram!!!! Bak kata pepatah bapa borek anak rintik, maka jangan mempersiakan hak kita sebagai rakyat Malaysia. Marilah kita menghadirkan diri di perkarangan mahkamah tinggi kuala lumpur pada pukul 9 pagi (4 ogos) dan memakai pakaian kemenangan rakyat.
Biarlah kita dengar bersama apakah kesudahan cerita yang telah diciptakan ini terhadap saudara kita. Saya menyeru turunlah beramai ramai,turunlah,dan ingat lah Insya Allah, Allah bersama kita! Kita tidak melakukan kejahatan,dan saya harap anak muda dan mahasiswa lah yang akan menunjangi barisan hadapan kerana jika bukan kita yang menjadi pencetus, siapa lagi? Sanggupkah kita melihat negara kita ini terus di pemerintah oleh pemerintah ynag zalim? Mahukah kita melihat anak muda terus ditindas?
Jika anda tidak mahu kezaliman terus berleluasa, turunlah! Kita bertemu di medan perjuangan dan medan perhimpunan rakyat kerana sesunguhnya anak muda yang akan menjadi agen perubahan! Ini kerana kita yang akan hidup pada zaman 2020 dan bukan mereka yang telah mabuk dengan kuasa diatas sana!
Alang alang bertukang, terbuang kayu!
Alang alang berkumpul kacau negeri
Alang alang berjuang, terus maju
Alang alang bertempur, biar bergegar bumi!
Dari:
Radical Student 2711
Suara Wangsa & Siswa Lantang
(student united will never be defeated)