Sambutan Hari Merdeka

31 Ogos bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Seharusnya setiap warga Malaysia merasa gembira kerana kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 43 pada tahun ini. Namun cuba kita renungkan kembali apakah nilai kemerdekaan pada zaman penguasa zalim seperti Mahathir Mohammad ini.

Merdekakah kita jika hak rakyat untuk berkumpul dan menyuarakan rasa hati mereka dinafikan dengan pelbagai halangan dan kezaliman ?.

Merdekakah kita jika institusi yang sepatutnya melindungi keselamatan rakyat digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk membelasah rakyat ?.

Merdekakah kita jika sistem kehakiman yang sepatutnya berlaku adil dijadikan kuda tunggangan penguasa zalim untuk memenuhi nafsu mereka? .

Merdekakah kita jika pemimpin yang berjuang untuk rakyat dipenjarakan hanya kerana fitnah dan surat layang ?.

Merdekakah kita selagi Mahathir dan Kuncu-kuncunya masih berkuasa ?.

Hakim Negara suka mencadangkan supaya pada tahun ini tema kemerdekaan Reformis adalah 'MERDEKAKAN ANWAR DAN RAKYAT DARI BELENGGU KEZALIMAN' dan kita sama-sama merayakan Hari Kemerdekaan dengan berarak dari segenap pelusuk negara ke Penjara Sungai Buluh

Hakim Negara

https://hakimnegara.tripod.com/freeanwar/

hakimnegara@freeanwar.com