Mahathir Terus Dikera-sumbangkan Oleh Dunia
Pada 13 Ogos yang lepas di Langkawi, Mahathir menyuarakan rasa kesalnya terhadap dunia luar yang terus mengutuk sistem kehakiman Malaysia yang telah melanggar prinsip keadilan sejagat kerana telah menjatuhkan hukuman yang yang berperi-kebinatangan kepada DSAI. Sememangnya dunia sedang menuggu saat yang cukup memalukan tamaddun manusia ini dan memang mereka telah menjangkakan saat itu pasti akan tiba.
Seperti yang dinyatakan oleh DSAI, hukuman yang diterima oleh beliau bukan memalukan beliau tetapi akan memalukan hakim, sistem kehakiman Malaysia malahan seluruh rakyat negara ini. Akhirnya tragedi ini benar-benar berlaku dan terbukti seluruh dunia mengutuk kezaliman ini. DSAI benar-benar telah dizalimi buat kesekian kalinya, malahan inilah kemuncak segala kezaliman yang telah berlaku sejak 2 Sep 1998.
Apabila selesai sahaja penggulungan kes DSAI semua orang merasa cukup gembira kerana sememangnya tiada ruang untuk DSAI didapati bersalah. Fakta yang dikemukakan bukan sahaja melampaui keraguan yang munasabah malahan telah membuktikan pembohongan yang nyata berlaku didalam pertuduhan. Mana mungkin fakta saksi pendakwa yang dikatakan mempunyai kredibiliti seperti Azizan (laknatullah) yang pelupa dan beberapa kali berbohong di mahkamah dan juga telah didapati bersalah berzina dengan seorang bekas ratu cantik yang telah menyebabkan terbuangnya Mufti Selangor di ambil kira. Begitu juga dengan Ummi Hafilda (laknatullah) yang pasangannya 'Baginda' mengaku telah berzina beberapa kali di London. Saksi-saksi yang fasik ini sepatutnya dari awal-awal lagi telah digugurkan.
Namun demi memenuhi nafsu binatang tuan politik mereka, Ariffin Joker tanpa sedikitpun rasa bersalah kepada si tertuduh, rakyat malahan Allah sekalipun telah bertindak sebagai pendakwa pada hari penghakiman dengan menjatuhkan hukuman berasaskan KEMUNGKINAN kejadian itu berlaku diatas tilam dan katil lain dengan mengenepikan segala alibi yang telah dibentangkan. Tidak pernah di dalam sejarah kehakiman, hukuman dijatuhkan berasaskan KEMUNGKINAN ataupun andaian yang dibuat oleh hakim sendiri. Perkataan KEMUNGKINAN itu sendiri sudah cukup menjelaskan KERAGUAN pertuduhan itu sendiri. Mengapa tidak fakta ini dikemukakan oleh pihak pendakwa ?. Kejadian ini sudah cukup untuk meletakkan sistem kehakiman itu sendiri pada kedudukan yang cukup hina.
Setelah dunia menilai kezaliman dan perlanggaran prinsip kehakiman yang cukup jelas maka mereka berhak menegur demi kebaikan keadilan sejagat. Rakyat juga telah bangkit menyatakan rasa tidak puas hati mereka. Namun Mahathir seperti biasa terus menuding jari kepada serangan dan kutukan pihak-pihak luar dengan mengatakan bahawa sistem keadilan di negara mereka itu lebih teruk dari apa yang dialami di sini. Namun Mahathir tidak berani untuk mempertahankan keadilan sistem kehakiman Malaysia secara terus dan apa yang termampu dibuat olehnya hanyalah dengan menunjukkan kesalahan orang lain tetapi dia hanya berani menuding jari kepada negara barat untuk menunjukkan bahawa golongan reformis sememangnya ditaja oleh dunia Barat.
Mahathir tidak sedikitpun berani mengulas tentang kutukan dari dunia Timur ini sendiri. Jika benar dunia luar mempunyai agenda mereka tersendiri terhadap negara ini pun tidak mengapalah jika kita abaikan suara mereka. Tetapi kenapa suara rakyat terbanyak yang cukup jelas mengutuk dan mengecam keputusan ini tidak diambil kira sedikitpun ? . Suara-suara ini adalah suara-suara yang cukup menyayangi negara ini. Penentangan ini jelas jika diperhatikan kedatangan ribuan rakyat ke setiap perhimpunan dan majlis-majlis penerangan Barisan Alternatif samada di ibu-kota , sekitar Lembah Klang, mahupun diluar seperti di Teluk Intan malahan sehingga ke Merbok pada malam tadi. Ribuan rakyat yang hadir ini cukup menampakkan reaksi marah mereka kepada kezaliman yang ditimpakan kepada DSAI. Tidak pernah dalam sejarah Malaysia selepas pilihanraya terutamanya di Pantai Barat Semenanjung, ini ribuan rakyat membanjiri majlis-majlis penerangan BA.
Keadaan ini telah meletakkan Mahathir di dalam keadaan seperti kera sumbang yang telah dipulau oleh dunia. Mahathir berseorangan di dalam menghadapi kutukan dunia yang cukup memberikan pukulan maut kepada sistem kehakiman Malaysia. Yang dipunyai oleh Mahathir hanyalah golongan pengangguk UMNO dan BN yang hanya mementingkan nafsu dunia semata-mata dan bertindak seolah-olah tiada lagi kehidupan selepas mati. Golongan inilah yang akhirnya mereputkan dan akhirnya meruntuhkan tamaddun negara kita.
Mahathir !! tunggulah saat kejatuhan kamu dan rakyat akan mempastikan kejatuhan ini adalah dalam keadaan yang cukup jijik dan hina. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang benar.