Dua wakil makalah Kritis, Dinsman dan Zunar, menemui ketua peguambela Anwar Ibrahim, Christopher Fernando bagi mendapatkan pandangannya terhadap hukuman yang dijatuhkan Hakim Ariffin Jaka kepada bekas TPM, yang juga tokoh reformis terulung negara ini.
Banyak persoalan menarik yang dibangkitkan Christopher, khususnya mengenai perjalanan kes, kewibawaan saksi utama Azizan dan harapannya dalam kes rayuan nanti. Berikut adalah soalan pertama yang diajukan kepadanya. Wawancara penuh ini boleh didapati dalam makalah Kritis (editor Ahmad Lutfi Othman) minggu depan:
KRITIS: Berdasarkan pengalaman sdr selama beberapa tahun dalam bidang ini, bagaimana sdr menyifatkan kes ini?
CHRISTOPHER: Kedua-dua defenden dalam kes ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan, sepatutnya dibebaskan. Mengikut keterangan, mengikut undang-undang, kedua-duanya patut dibebaskan.
Saya terperanjat. Memandangkan keterangan yang dikemukakan kepada mahkamah, saya cukup terperanjat apabila hakim mendapati kedua-duanya bersalah. Mengikut fakta, mengikut undang-undang, tiada sesiapa pun boleh disabitkan. Ia bertentangan dengan semua prinsip asas undang-undang. Mensabitkan seseorang, sesiapa sahaja, berdasarkan jenis keterangan yang seperti ini, adalah bertentangan dengan semua prinsip undang-undang.
Saya tidak pernah tengok perkara seperti ini sebelum ini. Saya sungguh terperanjat, really flabbagasted.
KRTIS: Pihak pembela telah mengemukakan alibi. Biasanya bila dikemukakan alibi dan alibi itu tidak dicabar, adakah satu perkara biasa bagi hakim untuk membuat keputusan…?
CHRISTOPHER: Tak boleh. Kalau kamu kemukakan alibi dan alibi itu tidak dicabar, habislah.