PERINGATAN DAN PANDUAN BUAT HAKIM

SEMPENA DSAI "JUDGEMENT DAY" – TAK KISAH BILA

 

A. ALIBI ANWAR IBRAHIM

Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja telah didakwa di bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan kerana kononnya mereka telah meliwat Azizan Abu Bakar antara bulan Januari hingga Mac 1993, di Tivolli Villa Bangsar antara jam 7.30 malam hingga 8.30 malam.

 

B. APA YANG BERLAKU DALAM MAHKAMAH SEBELUM INI ?

    1. Azizan menyatakan bahawa dia tidak pernah di liwat selepas tahun 1992.
    2. Azizan menyatakan bahawa dia kena liwat atas tilam dan katil.
    3. Azizan menyatakan bahawa dia diliwat pada hari kerja dan tidak pernah kena liwat dalam bulan Ramadhan.
    4. Azizan menyatakan bahawa dia di liwat dalam bilik yang ada penghawa dingin (air condition).
    5. Tuduhan telah di pinda beberapa kali, mula- mula Anwar di tuduh

dalam tahun 1994, selepas doktor yang memeriksa Sukma mengesahkan tiada kesan koyak pada dubur Sukma yang dikatakan Azizan telah dilewat oleh Dato’ Seri Anwar secara bergilir-gilir dengannya dan kesan ini hanya akan hilang selepas 6 tahun, maka tuduhan di pinda ke tahun 1992. Tetapi setelah peguam Anwar menyatakan tuduhan ini tidak berasas kerana pada tahun 1992, Tivolli Villa belum siap di bina. Dengan tanpa rasa bersalah Pendakwaraya sekali lagi telah meminda tuduhan tersebut sehingga ke tuduhan sekarang iaitu pada tahun 1993

 

  1. ALIBI YANG DI KEMUKAKAN OLEH PEGUAM DATO’ SERI ANWAR
  2. YANG MEMBUKTIKAN ANWAR TIDAK BERADA DITEMPAT KEJADIAN.

    1 Januari hingga 12 Februari 1993

    Liwat tidak berlaku kerana tilam dan katil hanya di beli dan sampai di Tivolli Villa pada 12 Februari 1993. Bukti pembelian dan nota penghantaran dan catatan pengawal keselamatan Tivolli Villa di kemukakan di mahkamah.

     

    4 Februari hingga 17 Februari1993

    Anwar berada di London, Frankfurt dan Paris bersama Tun Daim dan Ali Abul Hasan kerana mempromosi IOFC Labuan. Passport Antarabangsa Anwar di kemuka di mahkamah.

    18 Februari 1993

    Anwar diraikan dalam Jamuan Makan Malam oleh Menteri-menteri Luar Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) di Kuala Lumpur.

    19 Februari 1993

    Anwar membawa isteri dan anak-anaknya menyaksikan pertunjukan Walt Disney’s on Ice di Kuala Lumpur.

    20 Februari 1993

    Anwar berada di Permatang Pauh menghadiri Program Bersama Rakyat dan mempengerusikan Mesyuarat UMNO Bahagian. Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang mengesahkan kehadiran Anwar.

    21 Februari hingga 23 Februari 1993

    Anwar berada di Bangkok menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan ASEAN. Duta Malaysia di Bangkok, Dato Zainal mengesahkan kehadiran Anwar. Sekali lagi Passport Antarabangsa Anwar di kemukakan kepada mahkamah.

    23 Februari hingga 24 Mac 1993

    Anwar kembali ke tanahair. Tarikh ini merupakan hari permulaan puasa dalam tahun 1993 iaitu 1Ramadhan.

    25 Mac 1993

    Hari Raya Pertama. Anwar mengadakan rumah terbuka meraikan rakyat yang mengunjungi beliau di Kediaman Rasminya.

    26 Mac 1993 hingga 27 Mac 1993

    Anwar berhari raya bersama keluarga dan rakyat di Pulau Pinang.

    28 Mac 1993

    Anwar berhari raya bersama keluarga mertuanya di Kuala Lumpur.

     

     

    29 Mac 1993

    Anwar menerima kunjungan rakan-rakan lamanya di MCKK di rumahnya.

    30 Mac 1993

    Anwar menerima kunjungan rakan-rakan lamanya dari kalangan ABIM dan pergerakan Islam yang lain di rumahnya.

    31 Mac 1993

    Anwar menghabiskan masa sehari suntuk menghadiri sambutan Majlis Hari Raya di rumah Menteri Kabinet dan Pegawai Tinggi Kerajaan.

    Nota Penting:-

    Kontraktor yang mengubah suai rumah Sukma Darmawan di Tivolli Villa memberitahu mahkamah bahawa penghawa dingin (air condition) hanya siap di pasang pada 2hb April 1993.

    Keterangan-keterangan ini tidak pernah di pertikai dan tidak pernah di cabar pihak pendakwa yang di ketuai oleh Peguam Negara Tan Sri Mokhtar Abdullah.

    Oleh yang demikian, tidak ada sebab kenapa Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) boleh didapati bersalah dalam kes ini. Kita yakin Dato’ Seri Anwar akan di bebaskan dari tuduhan liwat ini dan sekaligus dibebaskan dari tuduhan pertama yang hanya akan wujud jika tuduhan liwat ini benar.

    (Dipetik daripada Harakah Keluaran Terbaru)

     

    Berpandukan kepada alibi Anwar Ibrahim yang tidak dipertikai oleh pihak pendakwa ini, elok juga dipastikan samada pihak pendakwa bercadang untuk pinda tarikh lain yang bersesuaian dengan skrip konspirator atau atas alasan silap taip untuk kali ke berapa ya ?.

    Sekiranya DSAI perlu membela diri adalah dicadangkan DSAI sendiri bertindak sebagai peguam bela untuk kesnya. Beliau telah beraksi sungguh cemerlang dihadapan Ketua Hakim Negara tempohari. Tiada sebab beliau tidak boleh beraksi lebih baik di hadapan Hakim Arifin Joker pula. Masa itu jangan lupa panggil PM sekali sebagai saksi. Disini boleh kita lihat siapakah poliTIKUS yang menikus itu, siapakah poliTIPU dan poliTIBAI dan pemBOHONG terulong abad ini.

    Siapa yang berbohong maka dialah yang pasti gagap dan gigil nanti !.

     

     

  3. RUJUKKAN AYAT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH YANG PERLU DI

AMBIL MAKLUM OLEH HAKIM.

 

    1. "Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan setiap sesuatu
    2. dan menjadi petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan bagi orang-orang Islam". (Surah al-Nahl 16:89)

    3. "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala
    4. jenis amanah kepada ahlinya dan APABILA KAMU MENJALANKAN HUKUM DI ANTARA MANUSIA (Allah menyuruh) KAMU MENGHUKUM DENGAN ADIL. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baik kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa MENDENGAR, lagi sentiasa MELIHAT. Wahai orang-orang yang beriman, TAATLAH KAMU KEPADA ALLAH dan TAATLAH KEPADA RASULULLAH serta kepada kepada "Ulil-Amri" dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisih) dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya. (Surah al-Nisa' 4:58-59).

    5. "Apabila amanah diabaikan maka tunggulah saat kehancuran" para
    6. sahabat bertanya; "Bagaimanakah pengabaiannya?" Baginda menjawab; "Apabila urusan itu diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancuran". (al-Shahih).

    7. "Ingatlah bahawa lingkaran Islam itu adalah bulat, berputarlah kamu
    8. bersama Islam di mana ia berputar, ingatlah bahawa al-Quran dan pemerintahan akan berpisah (iaitu agama dan negara), maka janganlah kamu meninggalkan Al-Quran. Ingatlah bahawa akan memerintah ke atas kamu para pemerintah yang memutuskan untuk diri mereka apa yang tidak mereka putuskan untuk kamu, sekiranya kamu membantah mereka nescaya mereka akan membunuh kamu, sekiranya kamu mentaati mereka, mereka akan menyesatkan kamu. Para sahabat bertanya: "Apakah yang perlu kami buat wahai Rasulullah ?". Sabda baginda: "Buatlah sebagaimana yang telah dilakukan oleh para sahabat "Isa bin Maryam, tubuh mereka telah digergaji dengan gergaji, mereka telah diletakkan di atas kayu, mati dalam keadaan mentaati Allah adalah lebih baik daripada hidup dalam keadaan bermaksiat kepada Allah." (hadith Mu’az).

    9. "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab (al-Quran) kepada engkau (Muhammad) dengan kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia dengan apa yang telah Allah tunjukkan kepada engkau dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat." (an-Nisa’: 105)
    10. "Apakah (patut) aku mencari hakim, selain daripada Allah padahal Dialah yang telah menurunkan Kitab (Qur’an) kepada kamu sekalian dengan terang." (al-An’am : 114)
    11. "Dan hendaklah engkau hukumkan antara mereka dengan apa yang telah Allah turunkan, dan janganlah engkau mengikut keinginan hawa nafsu mereka, dan berhati-hatilah engkau kepada mereka, kalau-kalau mereka mengelincirkan engkau daripada sebahagian yang telah Allah turunkan kepada engkau. Maka mereka berpaling, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak menghendaki, melainkan menyiksa mereka sebab sebahagian daripada dosa-dosa mereka. Sesungguhnya kebanyakan daripada manusia, adalah orang-orang yang durhaka. Apakah mereka menghendaki hukum jahiliyah, padahal bukanlah tidak ada orang yang hukumannya lebih baik daripada Allah, bagi orang yang berkeyakinan ?" (al-Ma’idah : 49-50).
    12. Tiadakah engkau perhatikan orang-orang yang menyangka bahawa mereka itu telah beriman kepada apa-apa yang telah diturunkan kepada engkau dan apa-apa yang telah diturunkan sebelum engkau padahal mereka menghendaki (menerahkan) hukumnya kepada sesuatu yang melampaui batas ?" (an-Nisa’ : 60)
    13. "Dan barang siapa tidak menghukum dengan apa yang telah Allah turunkan, maka mereka itu orang-orang yang kafir." (al-Ma’idah : 44)
    14. "Dan barang siapa tidak menghukum dengan apa yang Allah telah turunkan, maka mereka itu orang-orang yang zalim." (al-Ma’idah : 45)
    15. "Dan barang siapa tidak menghukum dengan apa yang Allah telah turunkan, maka mereka itu orang-orang yang fasiq." (al-Ma’idah : 47)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

rakyat-hakim-negara@freeanwar.com