500 berhimpun bantah tol
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (hrkh)
- Kira-kira 500 orang berkumpul di hadapan Tol Jalan Kuching bagi membantah kenaikan harga petrol yang dicadangkan oleh kerajaan sebelum ini.Mereka berhimpun di tol itu sejak jam 12 tengahari tadi dengan membawa pelbagai sepanduk dalam bahasa Malaysia, Cina, Tamil dan English, antaranya " Mahathir kroni kaya raya " dan "Undi BN Barang Naik.
Orang ramai yang lalu lalang turut memberikan sokongan kepada perhimpunan anjuran Barisan Alternatif itu dengan membunyikan hon kenderaan mereka.
Dalam perhimpunan itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub serta seorang pemimpin KeAdilan memberikan ucapan kepada orang ramai yang berhimpun sambil melaungkan reformasi dan takbir.
Perhimpunan bersurai jam 1.15 tengahari, bagaimanapun tiada tangkapan dibuat.