PERTAHANKAN MARUAH DSAI
DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA
ALIBI DSAI
DS Anwar Ibrahim telah di tuduh meliwat bekas pemandu keluarga beliau iaitu Azizan Abu Bakar, bersama dengan adik angkat beliau Sukma Dermawan Sasmitaat Madja, rakyat Indonesia di apartmen Sukma di Tivolli Villas, Bangsar pada " satu malam pada jam 7.45 ptg, di antara Januari hingga Mac 1993."
Berikut adalah Alibi DSAI yang gagal dicabar oleh pihak pendakwa
Tarikh |
Dimana DSAI berada |
Jan 1993 |
Katil di apartmen Sukma hanya tiba pada 12 Feb 1993. ( Azizan mengaku bahawa perlakuan seks tersebut berlaku di atas katil |
Feb 4-9 |
Anwar berada di United Kingdom |
Feb 9 - 11 |
Anwar berada di Paris |
Feb 11 - 13 |
Anwar berada di Jerman |
Feb 14 |
Anwar pulang ke Kuala Lumpur petang tersebut |
Feb 16 |
Anwar berada di majlis menyambut delegasi OIC |
Feb 17 |
Anwar berada di auditorium DBKL pada petang tersebut |
Feb 18 |
Anwar berada di persembahan 'Ice Skating' yang di anjurkan oleh Walt Disney pada petang tersebut |
Feb 19 |
Azizan menyatakan secara jelas bahawa dia tidak menunaikan Solat Jumaat pada hari kejadian tersebut yang biasanya ditunaikan pada setiap Jumaat. Maknanya kejadian itu tidak berlaku pada sebarang hari Jumaat |
Feb 20 - 21 |
Bukti dari dua guru besar adalah jelas kerana Azizan menyatakan dia mengambil kedua-dua anak Anwar pada hari kejadian tersebut. Maksudnya ia tidak berlaku pada hari-hari Sabtu dan Ahad. |
Feb 22 |
Azizan menyatakan dia bekerja sebelum hari kejadian tersebut dan dia bekerja dari Isnin hingga Jumaat oleh itu kejadian itu tidak mungkin berlaku pada hari Isnin. |
Feb 23 - 24 |
Anwar berada di Bangkok |
Feb 23 - Mac 25 |
Bulan Ramadhan - Azizan mengaku bahawa perlakuan seks tersebut tidak berlaku di sepanjang bulan Ramadhan) |
Mac 24 - 29 |
Anwar menyatakan beliau berhari raya di Pulau Pinang |
Mac 30 |
Anwar menyatakan beliau berada di rumahnya sendiri pada petang tersebut kerana menganjurkan rumah terbuka sempena Hari Raya |
Mac 31 |
Anwar berada di rumah terbuka di rumah Dr. Ab. Hamid Abu Sulaiman |
Jadi di manakah ruang kebenaran (walaupun sudah ditangkap berzina) satu-satunya saksi pihak pendakwa ?
Rakyat Malaysia akan menghakimi sistem kehakiman Malaysia pada 4 Ogos akan datang. Kita WAJIB mempertahankan maruah DSAI dan juga seluruh rakyat Malaysia. Jangan biarkan sistem kehakiman kita 'diliwat' oleh penguasa yang zalim.
Jom kita REFORMASI dan merdekakan sistem kehakiman Malaysia dari belenggu kezaliman mereka.
Tarikh : 4 hb Ogos 2000
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dataran Merdeka
RAKYAT HAKIM NEGARA